suria

Senyum ditahan polis, wanita tinggal bayi dalam kereta untuk berhibur di kelab malam

Samantha tersenyum biarpun ditahan pihak berkuasa. FOTO: COPPERAS COVE PD

SEORANG wanita menjadi perbualan apabila dia tersenyum menerusi foto penahanannya oleh pihak berkuasa.

Samantha Vaughan ditahan kerana meninggalkan anak perempuannya yang berusia setahun dalam sebuah kereta.

Membiarkan enjin kereta hidup, ibu berusia 26 tahun itu pergi berhibur di sebuah kelab malam.

Ujar Samantha, dia singgah ke kelab malam itu untuk kencing.

Namun, siasatan mendapati dia masuk untuk berhibur dan mengambil minuman keras. - Daily Star.

Artikel Lain