suria

Rakaman dashcam kereta sendiri jadi bukti, lelaki kantoi jual dadah dipenjara 2 tahun

Kegiatan Bungling Scott Curtis yang mengedar dadah terbongkar hasil rakaman dashcam kereta miliknya. FOTO: PH/GETTY FILE PICTURE.

SEORANG lelaki akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan pengedaran dadah.

Bungling Scott Curtis, 45, kelihatan sedang mengedarkan dadah kepada seorang individu menerusi rakaman dashcam kereta miliknya.

Rakaman pada September tahun lalu itu menjadi bukti utama perbicaraannya.

Sewaktu ditahan, tiada sebarang dadah ditemui bersamanya kerana dia sempat membuang bungkusan heroin keluar daripada tingkap keretanya.

Namun, penelitian rakaman dashcam oleh polis Wales Selatan, England akhirnya membongkarkan kegiatan lelaki itu. - Daily Star.

Artikel Lain