SEORANG gadis terpaksa membotakkan kepalanya selepas sebahagian rambutnya tertanggal gara-gara syampu digunakan kena sabotaj. Taffy Jo Timm, 44, percaya syampu yang digunakannya itu telah dicampur dengan krim buang bulu yang dibeli anak perempuannya, Ashley. Ashley menggunakan produk tersebut dan menyedari ada bau yang pelik. Apabila Ashley menggunakan syampu itu sebahagian rambutnya tertanggal menyebabkan dia tiada pilihan selain membotakkan kepalanya. Sebahagian rambut Ashley yang tertanggal selepas dia menggunakan syampu tersebut. Taffy dari Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) berkata Ashley membeli syampu itu di pasar raya Walmart dekat kediaman mereka pada 23 Julai lalu. Kini Taffy mencipta mewujudkan laman web crowdfunding untuk membeli rambut palsu kepada Ashley yang murung akibat insiden itu. Ashley pergi ke hospital apabila kulit kepalanya mula rasa terbakar. Dia kemudian bertemu pendandan rambut untuk cuba menutup sebahagian rambutnya yang tertanggal itu tetapi kaedah tersebut boleh menyebabkan lebih banyak rambutnya akan gugur. - Metro.co.uk