SEORANG warga emas yang baharu saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-107 tahun berkongsi rahsia dia kekal sihat sehingga hari ini. Louise Signore dari Bronx, New York mengakui mengelak lelaki dan tidak berkahwin antara rahsia dia umur panjang selain mengamalkan diet seimbang dan kerap bersenam. Warga emas itu berjalan tanpa alat bantuan pergerakan, masih boleh membeli-belah sendiri dan tidak mengambil sebarang ubat. Dia memberitahu WCBS:"Saya fikir rahsia usia 107 tahun: Saya tidak pernah berkahwin. Saya fikir itu rahsianya." "Adik saya berkata, "Saya harap saya tidak pernah berkahwin." Adik Louise yang berusia 102 tahun berpendapat perkahwinan boleh menjejaskan kesihatan dan mempengaruhi umur seseorang. Louise dan adiknya meraikan ulang tahun kelahiran mereka dalam satu majlis yang diadakan secara besar-besaran di Pusat Komuniti Barlow di Coop City. Majlis itu dihadiri kira-kira 100 rakan dan juga ahli keluarga dengan Louise dalam nada berseloroh berkata dia sudah jemu meraikan sambutan hari lahirnya. - Metro.co.uk