suria

Pewarna rambut buat gadis ini hampir buta, wajah kelihatan seperti 'alien'

Wajah O'Dell sebelum dan selepas mengguna pewarna rambut. Foto: HotSpot Media

GARA-gara pewarna rambut, seorang gadis kelihatan seperti 'alien'.

Steph O'dell,24, dari Milton Keynes memberitahu, dia seperti hampir mati selepas kembali dari sebuah salon rambut yang menyebabkan dia kelihatan seperti alien.

Malah dia juga gagal membuka matanya kerana bengkak.

Steph berkata, dia mahu rambutnya kelihatan berbeza sebelum bertemu dengan adiknya yang menyambut hari lahir ke-18 pada tahun 2015.

Sebelum itu, dia sudah menjalani ujian kesihatan mendapati dia mengalami masalah alergi terhadap kandungan pewarna rambut.

Ketika di salon Steph fikir warna rambutnya itu berunsurkan organik.

Selepas dua minggu, Steph gembira dengan warna rambutnya itu.

Namun selepas itu, dia mula mengalami gatal di muka serta mula membengkak.

"Rambut saya mula mengmbang dan mata saya bengkak. Ia sangat sakit dan dapat rasa gatal di seluruh muka dan tegang."

Dia kemudian pergi ke hospital.

"Saya rasa seperti hampir mati dan mengalami serangan panik. Selepas lima hari ia kembali seperti biasa.

"Sejak itu saya tidak lagi mewarna rambut dan hanya menggunakan warna semula jadi sahaja," katanya. - metro.co.uk

Pewarna rambut, alergi, bengkak

Artikel Lain