suria

Wanita dipenjara tujuh bulan curi 24 bilah pisau pemotong, lapan tiub ubat gigi

Wanita bersama 24 bilah pisau pemotong yang dicuri di sebuah pasar raya.

SEORANG wanita ditangkap gara-gara mencuri 24 bilah pisau pemotong di sebuah pasar raya.

Wanita berusia 55 tahun itu menyorok pisau-pisau tersebut di dalam seluarnya setiap kali mencuri.

Dia didapati bersalah dan di penjara selama tujuh bulan.

Insiden berlaku di daerah Liuzhou, China pada 15 April lalu.

Pemilik pasar raya, Liu menyedari kesemua pisau pemotong yang berharga 175 paun itu hilang apabila tempatnya kosong.

Liu melihat rakaman kamera tertutup dan mendapati seorang wanita berpakaian gelap merupakan suspek utama.

Sejurus selepas itu, dia menghubungi pengawal keselamatan untuk membuat pemeriksaan dan mendapati ianya dilakukan oleh seorang pelanggan wanita yang dikenali Wei.

Selain itu juga, wanita tersebut turut didakwa mencuri lapan tiub ubat gigi untuk kegunaan sendiri.

Polis juga telah merampas kesemua barangan curi itu dan menyerahkan kepada pemilik pasar raya tersebut. - Dailymail.co.uk

curi, pisau pemotong, dalam seluar, wanita

Artikel Lain