PERTANIAN merupakan penyumbang utama kepada ekonomi di India. Bagaimanapun, golongan petani yang kesempitan hidup terpaksa melakukan pelbagai cara bagi meneruskan kelangsungan hidup. Antaranya, seorang petani terpaksa menawarkan buah pinggangnya untuk dijual. Dia membuat keputusan itu susulan permohonan pinjamannya ditolak oleh pihak bank. Kejadian itu berlaku melibatkan seorang petani berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Ramkuman. Menetap di Kampung Chattar Sali, dia dikatakan turut tertekan akibat dikelilingi pelbagai hutang. - India Times.