suria

Bapa berang polis serbu bilik hotel lepas 'check in' bersama anak perempuan

Jon, 58, bersama anak perempuannya yang berusia 13 tahun. FOTO: Nottinghamshirelive/ WS.

SEORANG bapa tunggal berang apabila bilik hotel yang didiami bersama anak perempuannya diserbu polis.

Jon Coupland, 58, mendaftar masuk ke sebuah hotel di Nottingham bersama anaknya, Jessica yang berusia 13 tahun.

"Saya datang ke Nottingham untuk bekerja dan Jessica mahu ikut sebab dia mahu membeli-belah sebelum kembali bersekolah.

"Sejam selepas daftar masuk, dengar bunyi ketuk pintu. Pegawai polis dan pengurus hotel mula soal siasat saya," ujarnya.

Tambah Jon, tindakan memalukan itu menyebabkan Jessica menangis.

"Saya jijik dengan tindakan hotel dan polis. Kami rasa seperti tidak dialu-alukan.

"Ia memalukan saya dan anak saya," kata Jon.

Dia kemudiannya berpindah ke sebuah rumah inapan lain dan mengakui langsung tidak berhadapan sebarang masalah. - Daily Star.

hotel, serbuan, Jon Coupland

Artikel Lain