BEKAS Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie meninggal dunia pada usia 83 tahun. Berita kematian Habibie yang bergelut dengan masalah jantung dimaklumkan anaknya Tariq Kemal kepada Metro TV. Habibie menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.01 petang waktu Indonesia Barat di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta. Beliau adalah presiden Indonesia ketiga menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999. Terdahulu pada Mac 2018, BJ Habibie menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan 'asphyxia'. - CNNIndonesia