BEKAS detektif polis Amerika Syarikat (AS) mendakwa kerajaan negara itu mendiamkan diri berhubung rakaman objek terbang tidak dikenali (UFO) yang berbentuk seperti ular. Menurut individu tersebut, beberapa individu di sekitar AS beberapa kali membuat rakaman mengenai objek aneh itu yang kelihatan di ruang udara. Dakwanya, objek itu turut bergerak seperti seekor ular. Ia pertama kali didedahkan menerusi video di Youtube pada Jun lalu yang mana ia dirakam di gurun Mojave, California. "UFO berbentuk rokok sudah dilihat sejak berdekad. "Kadang-kadang ada laporan mengenai objek yang kelihatan seperti ular. "Penampakan ini sesuatu yang rare dan boleh dilihat dari semasa ke semasa, khususnya di selatan Amerika seperti Peru dan Mexico," kata seorang detektif, Gary Heseltine. - Daily Star.