suria

Wanita dikejarkan ke hospital selepas terjatuh, alat sulit tercucuk timun

Kisah wanita terjatuh dan tercucuk timun dalam kemaluannya mendapat turut mendapat liputan televisyen di Thailand. -foto (kiri) The Thaiger

KITA sering terbaca cerita-cerita aneh tentang manusia dan penemuan objek asing dalam tubuh mereka.

Terbaharu, seorang wanita dikejarkan ke hospital dengan timun yang melekat pada alat sulitnya!

Wanita berusia 51 tahun dari Bangkok, Thailand itu dibawa ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian farajnya.

Dia memberitahu doktor bahawa dia telah terjatuh ketika berada di rumahnya dan kebetulan pula timun betul-betul berada di tempat dia jatuh, menyebabkan buah itu tercucuk masuk ke dalam kemaluannya.

Katanya timun itu 'tiba-tiba saja masuk dalam' dan 'ia hanya satu kemalangan', menurut The Thaiger.

Kisah itu turut dilaporkan di TV Thailand, dengan para wartawan menyatakan bahawa kakitangan hospital tidak percaya dengan cerita wanita berkenaan.

Bagaimanapun, mereka berjaya mengeluarkan timun itu dan mengurangkan kesakitan yang dialaminya.

Tidak didedahkan bila kejadian itu berlaku, apa nama hospital dan siapa wanita itu, tetapi beberapa laman web telah melaporkan cerita itu sebagai benar. -The Thaiger

timun, jatuh, hospital

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan