SELEPAS lapan hari bertarung nyawa, seorang ibu muda akhirnya meninggal dunia lapan hari selepas lehernya tersangkut di cermin sebuah kenderaan. Yulia Sharko meninggal dunia pada hari lahirnya yang ke-21 berikutan insiden leher tersangkut di cermin sebuah kereta ketika cuba mengambil anaknya yang berusia dua tahun. Ketika insiden itu, Yulia dikatakan cuba mengangkat anak perempuannya itu melalui cermin kiri yang terbuka separuh. Yulia bersama anak perempuannya berusia dua tahun. Namun ketika itu anaknya tertekan butang automatik cermin kereta yang menyebabkan lehernya tersangkut di situ. Suami mangsa, Arthur menemui dua beranak itu tidak sedarkan diri dalam kereta tersebut. Dia terus memecahkan cermin kereta tersebut dan terus menghubungi pasukan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Yulia dari Zabinka, Belarus meninggal dunia akibat daripada asfiksia yang membawa kepada kerosakan otak. - Dailymail.co.uk