suria

Gempar! Remaja tangkap ikan ‘kepala singa, badan naga’

Oscar Lundahl berjaya menangkap ikan ratfish di perairan Norway. Foto JørgenZwilgmeyer/BNPS

SEORANG remaja di Norway dikejutkan dengan penemuan ikan 'separuh singa, separuh naga'.

Ketika kejadian, Oscar Lundahl, 19, sedang memancing di sebuah perairan. 

Remaja itu nyaris terjatuh dari botnya semasa mahu menangkap ikan yang mempunyai mata yang besar itu.

Ikan tersebut sebenarnya adalah ratfish, tetapi nama Latinya adalah Chimaeras Monstrosa Linnaeus, sempena nama raksasa mitos Greek.

Ikan Chimaeras mempunyai kepala seperti singa dan ekor seperti naga, maka tidak hairanlah saintis menamakan ikan itu seperti alien berdasarkan mitologi tersebut.

Keadaan tersebut merupakan jarang-jarang berlaku kerana ikan ratfish itu adalah jenis ikan yu dari 400 juta tahun lalu.

Ikan ini hidup di laut dalam dan jarang ditangkap. - Daily Star



Artikel Lain