suria

Suami tak mengaku bersalah bakar isteri - “Hak saya nak pukul atau buat apa sahaja kepada dia”

Kulwinder Singh didakwa kerana sengaja membunuh isterinya.

SEORANG lelaki menegaskan dia ada hak untuk memukul isteri sendiri.

Kulwinder Singh,41, didakwa keraan membunuh isterinya dengan sengaja mencurahkan petrol dan menyalakan api ke Parwinder Kaur.

Badan Kaur,32, mengalami 90 peratus terbakar ketika insiden di kediaman mereka pada Disember 2013.

Abang mangsa memberitahu mahkamah bahawa dia cuba menghalang Singh daripada menyerang isterinya itu.

Ia berpunca apabila Kaur mahu menyimpan duit upah bekerja di kebun cendawan sebanyak 27.50 paun seminggu (RM142.83) dalam akaunnya sendiri.

Bahan bakar yang dipercayai digunakan oleh Singh.

Tindakan itu mendatangkan kemarahan Singh.

Bagaimana Singh dikatakan menyuruh abang iparnya jangan masuk campur dan berkata dia ada hak untuk memukul atau melakukan apa sahaja ke atas wanita itu.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah ketika perbicaraan di Sydney, Australia.

Sementara itu, jiran yang turut menjadi saksi ketika perbicaraan memberitahu mereka nampak Kaur seperti bebola api berlari keluar dan suaminya hanya mengikut rapat.

Mereka memberitahu mahkamah bahawa Kaur telah didera dan dikawal.

Dia pernah dipukul dan didera ketika tinggal bersama suaminya yang terlalu mengamalkan peraturan ketat. -mirror.co.uk

Bakar isteri, dera

Artikel Lain