SALAH seorang anggota keluarga Meghan Markle memberi penghormatan kepada anak lelaki Duchess itu dengan menamakan produk kanabis terbaharu, 'Archie Sparkie'. Tyler Dooley yang mengerjakan sebuah ladang kanabis seluas 1,000 hektar di Oregon memberitahu, Meghan telah menjadikan dirinya dilimpahi dengan wang ringgit. Pemuda berusia 27 tahun itu telah memperkenalkan produk terbaharu yang dinamakan sempena nama anak lelaki ibu saudaranya itu, Archie. Sebelum ini Dooley turut perkenalkan produk 'Markle Sparkle' yang menjadikannya terkenal. Malah perniagaannya itu dianggarkan mendapat keuntungan 200 juta dolar (RM834 juta) setahun. Dia juga merancang membina sebuah istana di ladangnya sebagai penghormatan kepada Archie. Dooley yang menjalankan perniagaan Blue Line Hemp memberitahu Mail on Sunday: "Orang selalu memanggil saya sebagai 'kambing hitam' dalam keluarga tetapi saya telah bekerja untuk menjadikan kehidupan lebih kompetitif dalam bisnes." Dalam masa sama Dooley mengkritik Duchess itu kerana ladang yang dijalankan adalah organik dan mampan, manakala Meghan dan Putera Harry selalu menggunakan jet mengelilingi dunia. "Saya fikir kita perlu melakukan sesuatu dengan lebih lagi daripada apa yang ibu saudara Meghan buat," jelasnya.-mirror.co.uk