suria

Kasih seorang kakak berusia 4 tahun jadi 'superhero' derma tulang sum sum buat adik kecil

Khloe mendermakan tulang sum sum untuk adik bongsunya.

SEORANG kanak-kanak berusia 4 tahun digelar 'the superhero'  oleh anggota keluarganya.

Khloe Land menjalani pembedahan pemindahan tulang sum sum untuk didermakan kepada adik bongsunya, Calton yang dilahirkan tanpa sistem imun.

Tulang sum sum Kloe didapati paling sesuai dengan adiknya itu menurut Dr Evan Shereck yang mengetuai pembedahan pemindahan pada Isnin di sebuah hospital di Portland, Oregon.

Adik beradik merupakan padanan sempurna bagi pemindahan tulang sum sum dengan 25 peratus.

"Dia bertuah kerana mempunyai padanan yang sempurna daripada adik beradiknya.

"Kami lebih lebih mengutamakan penderma daripada adik beradik kerana tahu hasil pemindahan ini sangat baik," ujarnya.

Menurut Kayla Land, anaknya Colton dilahirkan dengan keadaan sihat pada 24 Julai lalu.

Kayla bersama keluarganya.

Namun selepas seminggu, doktor kembali dengan beberapa keputusan ujian standard terhadap bayi baharu lahir dan mendapati Colton dilahirkan dengan genetik 'severe combines immunodeficiency' atau SCID.

Menurut doktor, hanya pemindahan tulang sum sum sahaja dapat menyelamatkan hidupnya kerana walaupun hanya kuman kecil ia boleh memberi risiko kepada Colton.

Pihak keluarga seterusnya membuat ujian ke atas dua anak mereka Khloe dan Krissy,8.

Selepas dua minggu keputusan ujian menunjukkan Khloe mempunyai sistem imun yang lebih sesuai untuk menyelamatkan adiknya.

"Saya dan suami berharap keputusan berpihak kepada kakanya kerana dia lebih memahami dan tak sabar untuk membantu adiknya.

"Apabila keputusan terarah kepada Khloe, mula-mula dia teruja namun selepas 30 saat, dia menangis kerana takut.

"Jadi kami memberi sehelai gaun 'superhero' ketika hari pembedahan pemindahannya dan dia berasa sangat istimewa.

"Ketika itu dia memberitahu akan menyelamatkan adiknya," jelas Kyla.

Khloe dijangka akan keluar hospital pada pada yang sama pembedahan manakala Colton akan tinggal di hospital selama sebulan untuk memastikan badannya dapat menerima sel-sel yang diderma oleh kakaknya itu.-abcnews

Kakak, derma, sum sum, adik, sistem imun

Artikel Lain