JENNA Evans menelan sesuatu yang tidak disangka-sangka semasa bermimpi ketika tidur. Wanita berusia 29 tahun itu bermimpi dia menaiki sebuah tren, dan melarikan diri daripada sekumpulan gengster yang cuba untuk mencuri cincin pertunangannya. Dia kemudian menyelamatkan cincin tersebut dengan menelannya. Dia hanya menyedari telah menelan cincin berkenaan keesokan harinya selepas bangun dari tidur. "Doktor melakukan pemeriksan sinar-X dan terkejut mendapati cincin saya ada di dalam perut," katanya. "Mereka menemui cincin tersebut dan berjaya mengeluarkannnya," tambahnya. - Daily Star