SEORANG pengguna aplikasi Google Earth mendakwa mengesan sebuah kapal terbalik di Antartika. Satu imej pelik yang dihantar oleh pengikut di laman YouTube MrMBB333, sebelum ia dimuat naik pada minggu lalu. "Ia kelihatan seperti kapal terbalik, sama ada kapal selam atau kapal," kata pengguna YouTube itu. "Hujungnya dilihat seperti kemudin atau sirip. "Jika anda melihat di bahagian tepi, ia kelihatan seperti beberapa reka bentuk dan di tengah-tengahnya kelihatan seperti hac. "Ini adalah yang baharu, saya belum pernah melihatnya sebelum ini," katanya. Rakaman tersebut ditonton lebih 110,000 kali sejak ia dimuat naik di YouTube pada 12 September lalu. - Daily Star