suria

Wanita ini hanya makan roti dan keju, alami masalah fobia makanan lain

April hanya makan roti dan keju sahaja sejak kecil lagi.

SETIAP hari makanan wanita ini hanyalah roti dan keju sahaja.

April Griffiths,29, sejak kecil lagi mengalami fobia makanan dan berdepan dengan perasaan 'takut' jika makanannya itu tidak mempunyai keju.

April dari Nuneaton,  Warwickshire berkata: "Setiap kali saya cuba untuk perkara baharu, saya diserang panik. Seluruh badan mula menggeletar dan timbul perasaan bimbang.

"Perasaan takut tercekik dan melihat tekstur makanan juga membuat saya ketakutan walaupun hanya nasi bersaiz kacang pis, pasta atau sayuran.

"Saya tidak boleh telan dan akhirnya hanya muntah.

"Ia menjadi janggal buat saya untuk keluar makan bersama orang baharu kenal dan saya perlu menjelaskan mengenai pesanan sandwic keju dan biasanya menjadi bualan di meja makan," ujarnya.

April juga telah mencuba rawatan hipoterapi untuk mengurangkan kebimbangan dan mencuba sesuatu yang baharu, namun tidak mampu berbuat demikian lebih kerap. -metro.co.uk

Keju, roti, fobia makanan

Artikel Lain