suria

Gajah kurus 'Tikiri' mati selepas hampir 70 tahun diseksa jadi hamba

Gajah kurus yang digelar Tikiri dilaporkan mati pada Isnin.

SEEKOR gajah pertunjukan yang menjadi tular di seluruh dunia dilaporkan telah mati.

Penjaganya telah mengesahkan gajah yang dikenai Tikiri itu telah mati pada Isnin.

Gambar Tikiri terbaring mati turut menjadi tular selepas berakhir sebuah festival Esala Perhera di Kandy, Sri Lanka.

Tikiri antara 60 ekor gajah lain yang terlibat dalam pertunjukan tersebut yang dihadiri pelancong dan penduduk tempatan.

"Ya, dia mati petang ini.

Gambar kurus Tikiri jadi tular seluruh dunia.

"Pihak hospital haiwan akan hadir dan menyiasat serta lakukan post mortem," ujar penjaga Tikiri kepada Metro.co.uk.

Dalam pada itu satu sumber memberitahu, 'gajah betina malang itu menjadi hamba sepanjang hidupnya'.

"Kami telah berjuang untuknya dan punyai harapan, namun ini yang berlaku.

"Ia sangat teruk."

Tikiri dipakaikan kostum ketika pertunjukan.

Selama ini Tikiri dilindungi dengan kostum khas ketika persembahan dan tidak dapat melihat bentuk badannya yang sebenar.

Namun semuanya terbongkar apabila pengasas Yayasan Selamatkan Gajah Lek Chailert  menyebarkan gambar sebenar keadaan Tikiri.

"Dia sakit. Dia tua. Dia lemah. Kenapa masih mengikat kedua-dua kaki depan dan belakang?.

"Sudah pasti dia layak untuk mendapat layanan lebih baik.

"Tidak adakah perasaan emosi sepanjang menghabiskan masa dengannya?" ujar Chailert. - metro.uk.cok

Tikiri, gajah kurus, mati

Artikel Lain