suria

Lincah menari, kucing dari Jepun jadi kegilaan pelayar media sosial

Aksi Chaco yang menarik perhatian ramai.

BUKA sahaja laman Instagram, Facebook mahupun Twitter, pasti banyak akaun yang didedikasikan khas untuk kucing.

Di Jepun pula, seekor kucing berusia tiga tahun menjadi tular kerana kehebatan aksinya menari.

Digelar Chaco, aksi kucing itu yang seolah-olah terbang persis penari balet cukup mencuri tumpuan.

Sehingga kini, Instagram kucing itu memiliki 23 ribu pengikut.

Antara foto di Instagram kucing itu.

Layari sahaja akaun berkenaan, anda bakal disajikan lebih 1,300 paparan video serta foto melibatkan kucing itu.

Selain Chaco, Instagram @wakaponsan itu turut mempamerkan seekor lagi kucing dikenali sebagai Suzuka.

Chaco merupakan kucing yang diambil daripada pusat penyelamat haiwan di bandar Ageo.

Ujar pemiliknya, dia melihat Chaco sewaktu membuat sumbangan makanan di sebuah kafe suatu ketika dahulu. - Bored Panda.

Chaco, kucing, menari, Instagram

Artikel Lain