HAMPIR 500 pelajar yang dikurung dan dirantai di sebuah sekolah di Kaduna, Nigeria akhirnya berjaya diselamatkan. Selain itu, mereka juga dipercayai menjadi mangsa dera selama ini. Mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia lima tahun dan keatas dibiarkan kelaparan , didera secara seksual dan dihalang untuk keluar. Kebanyakan mereka diikat dengan rantai besi di kaki dan mengalami beberapa kecederaan. Dalam perkembangan terbaharu, polis berkata lapan guru sudah ditahan. "Saya masuk untuk belajar matematik, tapi akhirnya dirantai di sini," ujar salah seorang mangsa. Tambah mangsa, mereka hanya makan dua kali sehari pada pukul 11 pagi dan sepuluh malam. - Mirror.