suria

Mahu atasi tekanan pengguna, Facebook Australia sorok jumlah tanda suka

Terdapat lebih satu bilion pengguna Facebook di seluruh dunia.

PENGGUNA Facebook di Australia tidak akan melihat jumlah tanda suka (likes) bermula Jumaat.

Ia merupakan sebahagian ujian Facebook khususnya untuk menangani isu tekanan sosial.

Menerusi tetapan itu, hanya pemilik posting boleh melihat jumlah tanda suka yang diterima mereka.

"Kita tidak mahu Facebook menjadi seperti pertadingan.

"Ini adalah ujian untuk melihat pengguna berinteraksi dengan format baharu," ujar syarikat itu menerusi satu kenyataan.

Untuk rekod, terdapat lebih satu bilion pengguna Facebook di seluruh dunia.

Laman sosial itu menerima tekanan agar mengatasi impak mereka terhadap kesihatan mental pengguna. - Daily Mail.

Artikel Lain