suria

Remaja hidap penyakit kronik sempat nikmati percutian impian sebelum meninggal dunia

Ellie Pyle (kanan) memasang impian untuk menikmati pelayaran Disney. Foto Sarah Smart

SEORANG remaja yang merupakan peminat Disney meninggal dunia semasa menikmati percutian impiannya.

Ellie Pyle meninggal dunia pada usianya 13 tahun semasa menikmati pelayaran Disney bersama keluarganya di Norway.

Menurut laporan Wales Online, pelajar sekolah Pen-y-Cwm di Ebbw Vale, Wales, itu didiagnosis dengan penyakit akibat mutasi gen semasa usianya enam tahun.

Ibunya, Sarah Smart berkata: "Dia menjalani rawatan di hospital sebanyak tiga kali, tetapi dia benar-benar tekad untuk bercuti yang ditempah kami dua tahun lalu.

"Saya beritahu dia sejak beberapa bulan lalu yang dia akan menikmati pelayaran sehala atau sebaliknya, dan dia melakukannya."

Selepas dua tahun merancang, Ellie dan keluarganya menyertai pelayaran Disney pada 1 September lalu.

"Kami pergi pada Ahad dan dia meninggal dunia pada Khamis.

"Dia sangat sihat ketika itu, dia begitu seronok menikmatinya. Dia juga sangat menyukai muzik dan cahaya.

"Kami bertemu dengan pelbagai karakter dan menyaksikan persembahan," ujar ibu berusia 35 tahun itu. - Mirror UK




Disney

Artikel Lain