suria

Lelaki dengan alat sulit saiz luar biasa dituduh mencuri gara-gara seluar kembung

Steve Whitehurst dan pasangannya Mandy Shenton, mendakwa dia dituduh mencuri. Foto The Sun/News Licensing

SEORANG lelaki mendakwa dia memiliki alat sulit yang panjang apabila dituduh mencuri gara-gara terdapat benjolan mencurigakan dalam seluar jeans yang dipakainya.

Steve Whitehurst, 47, terkejut apabila pekerja menuduh dia mencuri pakaian Scotts Menswear di Stoke-on-Trent, UK.

Dia mendakwa dia adalah seorang lelaki bersaiz kecil tetapi mempunyai ukuran zakar 10 inci.

Ketika meninggalkan stor Potteries Shopping Centre pada Ahad lalu, pekerja wanita dan kakitangan keselamatan dilaporkan mengepungnya di pintu keluar.

Walaupun membeli baju dan sebuah beg berjumlah £390, mereka tetap menuduhnya menyumbat baju di dalam seluar jeans yang dipakainya.

“Saya tanya kepada pekerja itu jadi di mana saya meletakkannya?” kata Whitehurst.

Dia menjawab, ‘dalam seluar kamu’.

“Dia tunjuk seluar pendek yang saya pakai dan kata apa yang kembung dalam seluar tu dan saya jawab kamu ni buat lawaklah.

“Saya masuk ke bilik kecil, tanggalkan seluar saya dan tunjuk ia adalah zakar saya. Tetapi dia tak percaya dan tuduh saya dah buang tanda harga,” katanya.

Steve terkejut dituduh mencuri dan menunjukkan kemaluannya sebagai bukti dia tidak bersalah. Foto The Sun / News International

Bapa kepada seorang anak itu mengaku akhirnya bengang dengan pengawal keselamatan dan mengugut untuk meninggalkan kedai itu.

“Saya berdiri di sana selama 30 minit dan mula fikir ini sesuatu yang lucu. Kemudian lebih ramai pengawal keselamatan mula muncul dan saya fikir ini tak patut kerana saya dah buktikan saya tak bersalah.

“Saya kata kalau betul saya curi, telefon saja polis dan periksa rakaman CCTV dan mereka enggan. Saya agak terkejut. Saya lebih dari mampu dan baru saja membeli barang bernilai £390. Memang tak masuk akal,” katanya.

Ini adalah kali pertama bahagian peribadi Steve telah menyebabkan dia dituduh mencuri.

“Wanita selalu melihatnya, tapi saya tak pernah dituduh mencuri,” katanya.

Dia pergi ke kedai itu bersama teman wanitanya Mandy Shenton, 46, dan cucunya berusia 18 bulan.

Mandy memberitahu Sun: “Ia sangat memalukan. Apa yang mereka lakukan kepada Steve adalah menjijikkan. Pekerja mendakwa mereka mendapati tanda harga hilang pada jaket yang dia cuba dan berkata Steve agresif ketika mereka mencabarnya.”

Jurucakap JD Sports memberitahu Sun: “Pelanggan yang dimaksudkan menunjukkan tingkah laku mencurigakan dan apabila pengurus kedai berdepan dengan pelanggan itu, dia berkasar. Tak ada rakan sekerja yang suruh pelanggan itu menanggalkan pakaiannya.” -MetroUK

saiz, kemaluan, curi

Artikel Lain