suria

Bertukar naluri songsang kerana aplikasi dalam iPhone, pengguna saman Apple

Lelaki warga Rusia itu mendakwa orientasi seksualnya berubah selepas menerima mesej daripada aplikasi cryptocurrency.

SEORANG pengguna iPhone memfailkan saman terhadap Apple selepas mendakwa aplikasi di telefon pintarnya itu mengubah orientasi seksualnya.

Plantif dikenali sebagai D Razumilov mendedahkan dia berminat terhadap hubungan sejenis pada musim panas ini selepas terpengaruh dengan aplikasi cryptocurrency.

Dia kini menuntut ganti rugi sebanyak 12, 459 pound sterling, lapor Moscow Times.

Dalam aduan yang disiarkan pada Rabu, Razumilov berkata dia menerima 69 GayCoins menerusi aplikasi cyptocurrency yang dimuatnaiknya di iPhonenya pada 2017.

Lelaki itu turut menuduh Apple mendorongnya untuk mengubah orientasi seksualnya sehingga kesihatan mentalnya terjejas.

Mahkamah Daerah Presnensky di Moscow memfailkan tuntutan itu pada Rabu, menurut pangkalan data mahkamah. - Dailystar

saman, Apple, iPhone

Artikel Lain