suria

Ramai tertipu, foto anakonda terbesar di dunia mati dibunuh disahkan palsu

Posting mengenai ular itu menjadi tular di laman Facebook.

PERKONGSIAN foto di Facebook yang mendakwa ular anakonda terbesar di dunia mati dibunuh ternyata hanya palsu.

Menerusi posting itu, ia menyatakan ular berkenaan bersaiz gergasi sepanjang 40.8 meter dan memiliki berat 2,000 kilogram.

Malah, ia dikatakan sudah membunuh 250 manusia dan 2,300 haiwan.

Bagaimanapun, imej berkenaan rupanya sudah disunting dengan perisian Photoshop.

Malah, info yang disertakan juga seperti direka-reka sahaja.

Namun begitu, posting berkenaan sudah dikongsi ribuan pelayar Fecebook. - India Today.

anakonda, ular, bunuh, Photoshop

Artikel Lain