SEORANG pereka laman web terpaksa mengambil cuti bekerja selepas menyedari ada sesuatu dalam telinganya dan turut berasa pening. Liam Gomez,27, kemudian mengambil putik kapas dan mengorek telinganya. Dia kemudiannya terkejut apabila menemui kaki seekor labah-labah. Gomez terus mengorek telinga kerana yakin masih ada baki badan labah-labah dalam dan mengambil masa selama sejam untuk membersihkannya. “Saya cuba melakukan secepat mungkin kerana saya memang takut labah-labah (arachnophobe). Gomez tekad mahu memakai penutup telinga apabila tidur. “Sebaik sahaja rasa tenang, saya berjaya lakukannya,” ujar Gomez. Mengimbas kembali insiden tersebut, Gomez memberitahu malam sebelum itu, dia ada membersihkan sarang labah-labah di pintu utama rumahnya. “Saya menyapu sarang itu, dan masuk bilik untuk tidur. Keesokannya, apabila bangun saya rasa telinga agak berat dan pening. “Saya juga menggunakan klip rambut dan putik kapas untuk mengeluarkan labah-labah itu, dan mengira jumlah jumlah kaki serangga itu bagi memastikan telinga betul-betul bersih,” ujarnya yang bertekad mahu memakai penutup telinga selepas ini. –Dailymail.co.uk