suria

Ibu sedih, kecewa dengan perubahan anak lelaki dalam tempoh tujuh bulan

Bishop berubah dalam tempoh tujuh bulan.

SEORANG ibu dengan berat hati berkongsi gambar terbaharu anak lelakinya yang kini bergelar penagih dadah.

Jennifer Salfen-Tracy memuat naik gambar Cody Bishop sebelum dan selepas dalam tempoh tujuh bulan.

Gambar pertama menunjukkan Bishop kelihatan tegap, sihat dan ceria, tetapi berbeza dengan imej kedua anaknya yang lebih kurus, tidak terurus dan turut kelihatan bintik-bintik parut di bahagian lengannya.

Lelaki berusia 26 tahun itu sebelum ini merupakan seorang yang aktif bersukan.

Ibunya menanggap Bishop sebagai ‘Face of Heroin and Meth’ dalam posting yang menjadi viral itu.

Tracy memberitahu dia tidak mendengar khabar anak lelakinya itu lebih kurang seminggu dan percaya Bishop kini menjadi penagih dan tinggal di jalanan di Las Vegas.

“Cody masih di Las Vegas dan saya kini tidak mendengar berita darinya lebih kurang seminggu.

“Apabila dengar apa yang dia lakukan sangat menyedihkan tetapi jika langsung tidak mendengarnya ia adalah lebih teruk.

“Saya hanya berserah kepada Tuhan dan berdoa agar dia penat dengan kehidupannya sekarang.

“Tujuan saya berkongsi di media sosial ini agar ada orang lain yang boleh membantu dan berkongsi jika mempunyai pengalaman seperti ini,” jelasnya. –Daily.co.uk

Dadah, kurus, Las Vegas, kecewa

Artikel Lain