suria

Ibu pertahan gambar anak jadi 'zombie' - “Saya mahu sesi penggambaran menyeronokkan”

Gambar tersebut dirakam sempena sambutan Hallowen.

GAMBAR bayi 10 bulan dikenali sebagai Kamden yang duduk di dalam sebuah baldi dipenuhi 'darah' sambil makan otak mendapat kecaman netizen.

Turut dikecam gambar seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun, Kynadee merenung tajam ke kamera dengan tangan dipenuhi 'darah'.

Namun ibunya, Bobbi Rylant, 26, yang juga jurugambar bebas tampil mempertahankan gambar tersebut yang diambil berdekatan rumah mereka sekadar untuk suka-suka sempena sambutan Hallowen.

Selepas memuatnaik gambar itu di Facebooknya, gambar tersebut menjadi tular dan dikongsi lebih 200,000 kali.

Meskipun ramai memberi reaksi positif terhadap gambar itu, Bobbi turut dikecam segelintir netzien yang menganggap anaknya tidak selamat dan perlu diasingkan daripada dirinya.

Gambar Kynadee turut mendapat perhatian netizen.

"Gambar tersebut memaparkan anak saya berpakaian seperti zombie untuk Hallowen. Saya mahu melakukan sesi penggambaran yang menyeronokkan untuk anak-anak saya sempena sambutan Hallowen.

"Saya mendapat idea daripada Pinterest tetapi saya melakukan sedikit kelainan dengan menukar mandian susu kepada cecair berwarna merah," katanya.

Bobbi tidak menduga gambar tersebut menjadi tular kerana dia hanya mahu berkongsi kegembiraan itu bersama keluarga dan rakan-rakannya.

"Saya amat terkejut perkara seperti ini berlaku," katanya. Dailystar

Hallowen, darah, otak

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan