suria

Kapal layar gergasi hampir tersangkut sewaktu lalui terusan

Kapal itu sewaktu melalui sebuah terusan di Greece Rabu lalu. FOTO: Olsen Cruise Lines/Youtube.

MEMILIKI saiz gergasi, kapal layar ini biasanya akan berlayar di lautan yang luas.

Namun, lain pula ceritanya apabila ia hampir tersangkut sewaktu melalui sebuah terusan di Greece.

Kapal MS Braemar itu menjadi kapal terbesar yang direkodkan pernah melalui Terusan Corinth.

Kapal itu memiliki kelebaran 22.52 meter, manakala terusan itu berkeluasan 24 meter.

Foto-foto mendebarkan saat ia melalui terusan berkenaan turut menjadi tular.

Kapal layar itu dimiliki oleh sebuah syarikat berpangkalan di United Kingdom dan foto berkenaan dirakam pada Rabu lalu.

"Ianya pelayaran yang menyeronokkan dan mengagumkan. Kita gembira untuk berkongsi detik itu dengan penumpang kami," ujar Clare Ward, wakil syarikat kapal berkenaan. - Daily Star.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan