suria

Wanita ditahan gara-gara kuat berleter, arah suami kemas rumah

Neal dilapor suka berleter menyuruh suaminya melakukan kerja-kerja rumah sebelum bercerai.

SEORANG wanita yang ditahan gara-gara berleter menyuruh suaminya mengemas rumah akhirnya bersuara.

Valarie Neal mengakui menyuruh suaminya yang merupakan bekas ahli bina badan Michael melakukan kerja-kerja rumah.

Wanita berusia 59 tahun itu terpaksa tinggal di lokap selama 17 jam sebelum didakwa kerana 'kelakuan mengawal' April lalu.

Neal dari Catterick, North Yorkshire mengakui mendapat perintah penahanan dua tahun gara-gara tindakan terhadap suaminya, namun kes itu telah digugurkan.

Dia kini berharap jika ada peluang di mahkamah untuk pertahankan tindakannya itu yang dianggap tidak melakukan sebarang kesalahan kerana meminta suaminya melakukan kerja-kerja rumah.

Neal dan Michael berkahwin pada tahun 2014.

"Apa yang saya minta suami lakukan adalah menvakum sekitar rumah, membuat kopi untuk saya dan mengelap bahagian pintu.

"Jika itu dikira berleter, saya akan lakukannya sendiri. Tetapi meminta suami sendiri menvakum, ia bukan kesalahan jenayah.

"Saya menghargai perkahwinan yang berada terumbang-ambing itu tetapi Mike melayan saya dengan caranya sendiri.

"Segalanya musnah selepas segala kasih sayang dan perhatian diletakkan dalam hubungan ini," jelasnya.

Suaminya mengadu kepada Pusat Pekerjaan mengenai masalah yang dihadapi dan perkara ini dipanjangkan ke laporan polis dan Neal ditahan.

"Saya tahu orang akan cakap berleter adalah kehidupan dalam rumah tangga, tetapi ia bukan sebuah perkahwinan bagi saya.

"Saya fikir ia lebih kepada mengawal. Tetapi saya tidak pasti dia dihadap ke mahkamah atau tidak. Itu bukan keputusan saya," jelas Michael.

Kedua-dua mereka kini sudah bercerai. - mirror.co.uk

Suami, kemas rumah, isteri, leter

Artikel Lain