suria

Silap ambil pesanan, ibu anak tiga serang pekerja pub

Kejadian berlaku di Pub Stonemill di Warrington, England.

SEORANG wanita yang juga ibu kepada tiga cahaya mata menyerang pekerja sebuah pub gara-gara kesilapan sewaktu membuat tempahan makanan.

Selain itu, Gemma Dunne, 34, didakwa menyerang dua anggota polis menerusi kejadian di Pub Stonemill, Warrington, England.

Malah, serangan itu berterusan apabila pekerja mengugut untuk menghubungi polis.

Menurut salah seorang mangsa, dia berasa malu untuk keluar kerana rambutnya yang rosak teruk dikerjakan wanita itu.

Seorang lagi mangsa mengakui trauma akibat digigit wanita berkenaan yang pada waktu itu berada di bawah pengaruh alkohol.

Namun kata Dunne, dia melakukan serangan itu selepas ditumbuk oleh petugas pub berkenaan.

Rakaman serangan turut disiarkan sewaktu perbicaraan di Mahkamah Liverpool pada Rabu.

Kata hakim perbicaraan, pihaknya akan melakukan apa sahaja untuk melindungi pegawai polis yang diserang sewaktu bertugas.

Dunne akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun sembilan bulan. - Daily Star.

Artikel Lain