suria

Kucing menyelinap dalam bagasi, kantoi ekori pemilik ketika pemeriksaan di lapangan terbang

Kucing ini menyelinap masuk dalam bagasi pemiliknya.

MUNGKIN tidak mahu berpisah dengan pemiliknya, kucing bernama Candy ini menyelinap masuk ke dalam bagasi.

Ia bagaimanapun ditemui semula ketika pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Isle of Man, Castletwon.

Pasangan pemilik kucing itu, Nick dan Voirrey Coole pada waktu itu dalam perjalanan ke New York.

Sewaktu melepasi pemeriksaan keselamatan, mereka dibawa ke sebuah bilik untuk disoal siasat.

Pada waktu itu mereka belum tahu mengenai kehadiran kucing mereka dalam bagasi berkenaan.

Atas bantuan kakitangan lapangan terbang, kucing itu bagaimanapun dihantar pulang dan pasangan berkenaan dibenarkan menaiki pesawat.

"Bagasi kami tak penuh sebab nak simpan ruang untuk membeli-belah.

"Tapi Candy pula menyelinap masuk. Kakitangan lapangan terbang pun keliru," ujar Nick.

Malah, kakitangan berkenaan turut ketawa apabila mengetahui cerita sebenar melibatkan kucing itu. - Mirror.

kucing, bagasi, candy, lapangan terbang

Artikel Lain