SEORANG ibu berkongsi pengalaman mengenai keganasan rumah tangga yang menyebabkan anak lelakinya membunuh diri. Rachel Williams,47, tampil berkongsi mengenai pengalaman ngeri berkaitan keganasan rumah tangga yang menyebabkan anaknya menjadi mangsa. Menurut Rachel anaknya, Jack berusia 16 tahun membunuh diri pada tahun 2011. Enam minggu sebelum kejadian menyayat hati itu, bapanya Darren Williams datang ke sebuah salon di Newport, Wales menyerang isteri yang dikahwini selama 18 tahun. Darren dikatakan mengamuk kerana isterinya itu meminta cerai. Dia menggunakan senapang untuk memukul sebelum melepaskan dua das tembakan di bahagian kaki wanita itu. Susulan kejadian itu, Rachel terpaksa menjalani pembedahan dan memasuki titanium ke betisnya untuk kembali berjalan. “Jack seorang yang popular dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kesihatan sehinggalah kejadian tembakan itu,” jelas Rachel. Tambah Rachel: “Lapan tahun selepas kehilangan anak, anda terpaksa hidup dengan pengalaman itu dan perlu kuat.” - mirror.co.uk