KEINDAHAN sukan bola sepak dapat dilihat dalam sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini. Dalam video berdurasi 12 saat tersebut, tudung yang dipakai seorang pemain wanita terbuka ketika permainan berlangsung. Melihat kejadian itu, lima pemain lawan segera berkerumun di sekelilingnya supaya dia dapat membetulkan tudung dan dalam masa yang sama bagi mengelak daripada auratnya dilihat oleh orang yang tidak sepatutnya. Video ini pertama kali dikongsi oleh Shuaib Ahmed menerusi akaun @Footynions. Sehingga kini posting tersebut telah dilihat sebanyak 2.6 juta kali, diulang kicau sebanyak 7,300 kali dan mendapat 23,500 tanda suka. Paparan skrin video yang dimuatnaik Shuaib Ahmed. Shuaib memberi keterangan tambahan di bahagian komen bahawa kejadian berlaku dalam perlawanan final Liga Bola Sepak Wanita Jordan antara Shabab Al Ordan dan Amman Club. Shabab Al Ordon yang memakai jersi merah adalah juara kelab bola sepak wanita Asia Barat. Penggunaan hijab dalam bola sepak sudah melalui perjuangan panjang. Pada 2007 FIFA pernah melarang pemakaian hijab atas alasan keselamatan atlet di padang. Pada 2014, FIFA membenarkan pemakaian tudung di padang bola sepak. Namun, peraturan ini tak boleh terus diterapkan. Pihak yang menguruskan peraturan sepak bola dunia, IFAB, perlu melakukan percubaan selama dua tahun sehingga akhirnya ia dibenarkan secara rasmi pada 2016. Bagaimanapun terdapat peraturan tambahan mengenai rekaan, material dan warna tudung yang boleh digunakan untuk bola sepak. Ini dilakukan untuk memastikan penggunaan hijab tidak mengganggu lawan dan pemakainya sendiri. -CNN View this post on Instagram Satu tindakan spontan dari pemain team lawan yang wajar dipuji ? Cerita penuh di IG Story/Highlight #mstaronline #mstarglobal #eemstar A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 18, 2019 at 1:11am PDT