suria

Model diheret, ditendang di kelab malam sebab cantik

Jacee Pink mengalami kecederaan akibat dipukul dalam kejadian di Sunderland. Foto ChronicleLive

SEORANG model berusia 16 tahun berkata, dia diserang pada hujung minggu lalu gara-gara wajahnya yang cantik.

Ketika kejadian, Jacee Pink keluar bersama rakan-rakannya sebelum berkunjung ke sebuah kelab malam di Sunderland, England.

Dia diserang oleh seorang wanita sehingga berlumuran darah.

Remaja itu dimasukkan ke hospital dan diberikan rawatan, selepas diheret dan ditendang beberapa kali.

Ibunya, Amy Pink berkata, anak perempuannya yang sedih dengan kejadian yang menimpanya percaya dia menjadi sasaran kerana cemburu.

Amy berkata: "Jacee ada di bar, kemudian wanita itu secara tiba-tiba menolak, menarik sehingga jatuh ke lantai dan menendangnya.

"Dia ditendang di bahagian kepala beberapa kali sehingga membuatkannya pening. Dia takut dan dia masih muda.

"Dia menangis selepas itu bertanya 'kenapa saya jadi sasaran?'. Dia seorang gadis yang cantik dan rasa menjadi sasaran disebabkan kecantikannya.

"Tiada siapa yang tahu apakah yang berlaku tapi saya fikir ia bermula dengan perasaan cemburu, sudah jelas tiada provokasi dan berlaku disebabkan cemburu," katanya. - Daily Star

model, cantik

Artikel Lain