SEORANG wanita yang sedang joging dimalukan di media sosial selepas rakaman melibatkan dirinya disebarkan. Menerusi video CCTV, dia kelihatan sedang membuang air besar di sebuah kawasan terbuka. Ia menjadi tular selepas seorang pengiklan memuat naik rakaman berkenaan ke laman Instagram selepas menemui najis ditinggalkan wanita itu di hadapan firma miliknya di Sydney, Australia. Pelaku dikatakan sudah memadam semua akaun laman sosial miliknya selepas rakaman berkenaan menerima reaksi luar biasa orang ramai. Dalam pada itu, seorang wartawan, Zara McDonald mengakui ada dihubungi individu yang mengenali pelaku berkenaan. Dia dimaklumkan wanita itu tidak begitu sihat selepas kejadian tersebut. "Terdapat banyak kisah di sebalik rakaman itu yang tidak boleh diperkatakan di media sosial. "Jika orang tahu apa yang berlaku, mereka pasti tak akan bersikap sebegini," katanya. Menerusi rakaman berkenanaan, pelaku berhenti antara dua kereta sebelum duduk dan membuang air besar. Ia dirakam sekitar 6 pagi, Isnin lalu. - Daily Star.