SEORANG ibu muda didakwa berparti selama seminggu dan meninggalkan anaknya kelaparan hingga meninggal dunia. Maria Plenkina, 21, kini berdepan dakwaan bunuh atas perlakuan itu. Dia dikatakan meninggalkan anak perempuan berusia tiga tahun di kediamannya di bandar Kirov, Rusia pada Februari lalu. Kanak-kanak malang itu ditemui oleh neneknya sebelum dia menghubungi polis. Pemeriksaan forensik mendapati dia meninggal dunia kerana kelaparan dan kekurangan air dalam badan. Kata jiran pula, ia bukanlah kali pertama gadis itu meninggalkan anaknya bersendirian. Dalam pada itu, tarikh perbicaraan ibu muda itu bagaimanapun belum ditetapkan lagi. - Daily Star.