SEORANG lelaki terpaksa menulis di Twitter untuk mendapatkan bantuan selepas terkunci di sebuah gedung, gara-gara tertidur di kerusi urut. Dia terjaga di atas lantai selepas tertidur di sebuah gedung elektronik di Jepun. Dikenali menerusi akaun Twitter @_Asphodelus, pelanggan yang tertidur itu terpaksa menulis di Twitter selepas menyedari terkunci dari dalam premis. Memuat naik beberapa gambar bahagian dalam premis yang gelap dan senyi, ia menyebut: "Aduhai, saya terkunci dari dalam!" Antara gambar menunjukkan penutup hadapan premis Ks yang jelas kelihatan ditutup. Difahamkan lelaki tersebut membunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada polis yang kemudian dapat berhubung dengan pengurus kedai. Dia kemudian menulis di Twitter sekali lagi untuk memaklumkan akhirnya berjaya keluar selepas dicari 10 anggota polis yang mengesahkannnya bukan pencuri. Pengurus kedai memohon maaf kepada lelaki itu di atas kegagalan pekerjanya untuk menyedari mangsa masih di kerusi urut semasa penutupan operasi. - The Independent