DUDUK bersama kanak-kanak kecil dalam penerbangan yang panjang boleh menjadi mimpi ngeri penumpang tetapi sebenarnya ada yang lebih mengerikan. Banyak kejadian atau sikap pelik yang dilakukan oleh penumpang dewasa di dalam pesawat sehingga membuatkan penumpang lain tidak selesa. Baru-baru ini, seorang penumpang membuat kejutan apabila mengeringkan stoking dengan menggantungkannya pada tingkap pesawat. ARTIKEL BERKAITAN: 20 Minit Keringkan Seluar Dalam Buat Penumpang Pesawat Tergamam ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Penumpang rakam video ‘selfie’ jilat mangkuk tandas pesawat Gambar tersebut menunjukkan tindakan seorang lelaki tidak dikenali itu dimuatnaik oleh penumpang lain yang duduk berhampiran dengannya. Perkongsian imej berkenaan menerusi akaun Instagram @passengershaming meraih lebih 5,000 tanda suka dan lebih 160 komen. Apa yang menarik adalah kapsyen posting itu yang menyebut: "Saya membuat cucian dalam perjalanan ke Los Angeles hujung minggu ini!" Keterangan gambar itu turut disertakan tanda pagar yang bermaksud serba boleh. Hampir kesemua pengikut laman sosial itu tidak menyokong tindakan penumpang tersebut. Malahan, mereka menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang menjijikkan. - Mirror UK