SEORANG wanita yang merupakan pembantu kedai menggantung dirinya selepas menemui imej pornografi kanak-kanak di dalam telefon milik teman lelakinya. Keluarga ibu berusia 21 tahun itu dikatakan masih menderita sementara lelaki berkenaan meneruskan kehidupannya. Lydia Roberts, 21, menemui bahan yang tidak senonoh daripada satu laman web Rusia dalam telefon milik ahli perniagaan, Adam Wells, 27. Ketika kejadian pada 9 Jun 2017, telefon tersebut ditinggalkan di rumah mereka. Lydia ditemui mati oleh Adam pada keesokan paginya sekembalinya dia ke rumah. Pengarah syarikat yang mengusahakan produk kecantikan itu dihadapkan ke mahkamah dan diperintahkan mendaftar sebagai Pendaftar Pesalah Seks selama lima tahun kerana memiliki imej lucah. Bercakap kepada Mail Online, ibu mendiang Lydia, Michele berkata: "Adam dibenarkan meneruskan kehidupannya sementara kami di sini masih menderita. "Dia telah mengubah namanya dan mendapat kerja baharu. Sebagai keluarga, kami berasa amat marah dengan apa yang berlaku," katanya. Mendiang Lydia dan Adam menjalinkan hubungan selama dua tahun. Tragedi berlaku pada 10 Jun 2017, selepas Lydia menemui bahan lucah tersebut selepas kekasihnya pergi bekerja. - Daily Mail