suria

Mayat guru yoga hilang ketika panjat gunung ditemui dalam keadaan bogel

Catherine Shaw.

SEORANG guru yoga ditemui maut dalam keadaan bogel dipercayai terjatuh selepas memanjat sebuah gunung untuk melihat matahari terbit.

Catherine Shaw, 23, terjatuh dari laluan trek ketika melakukan pendakian seorang diri di Guatelama, Amerika Tengah.

Menurut inkues kematian warga Britain itu, mahkamah menolak penglibatan orang ketiga dalam kes tersebut selepas Shaw dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu.

Kenyataan keluarga yang dibacakan di mahkamah berkata Shaw merupakan seorang yang mempunyai ramai kawan, baik hati dan sukakan sesuatu yang mencabar.

"Dia juga amat sukakan gunung, air terjun, matahari terbit dan terbenam," kata kenyataan itu.

Koroner Darren Salter memberitahu Shaw dipercayai sudah meninggal dunia selama empat hingga enam hari sebelum mayatnya ditemui.

"Dia bersendirian, dan mahu melihat matahari terbit secara dekat dan membuat keputusan untuk memanjat gunung itu," katanya.

Dalam inkues itu, Mahkamah Crown Oxford turut diberitahu bahawa Shaw menanggalkan pakaiannya semasa pendakian tersebut.

Namun bapanya, Tarquin berkata itu perkara normal dilakukan Shaw.

Hasil bedah siasat mendapati Shaw mengalami pelbagai kecederaan termasuk pendarahan akibat kecederaan otak traumatik. - Dailystar

guru yoga, maut, terjatuh, bogel

Artikel Lain