suria

Menang loteri RM335 juta, datuk 21 cucu mahu hadiah rumah untuk tujuh anak

Philip bersama keluarga besarnya.

SEORANG datuk kepada 21 cucu yang memenangi wang loteri bernilai AS$80 juta (RM335 juta) merancang membelanjakan hadiah kemenangannya itu untuk membeli rumah untuk seluruh keluarganya.

Philip Chippewa, 54, berkata dia mahu menghadiahkan kediaman lebih selesa untuk tujuh anaknya yang tinggal di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

"Dengan tujuh anak dan 21 cucu, saya sentiasa berkata saya mungkin tidak mempunyai banyak wang tetapi saya ada keluarga yang besar.

"Sekarang saya ada wang dan boleh membantu keluarga dan generasi saya. Ia amat bermakna bagi saya," katanya.

Philip turut berhasrat mahu membeli motosikal baharu untuk dirinya.

Meskipun mempunyai wang yang banyak, Philip tidak merancang untuk berhenti kerja.

"Menang loteri membawa perubahan dalam kehidupan tetapi ia tidak mengubah diri kita.

"Saya dan isteri sudah hidup bersama selama 25 tahun, kami sentiasa membantu orang lain.

"Setiap hari apabila saya datang kerja, bos saya bertanya kepada saya:"Mengapa kamu di sini?"

"Saya beritahu dia bahawa saya dibayar untuk melakukan kerja dan saya tidak akan meninggalkan sesiapa sahaja kerana saya sudah ada banyak wang," katanya. - Metro

loteri, rumah

Artikel Lain