suria

Catat masa terpantas larian 5 KM, penyertaan remaja perempuan dibatalkan gara-gara pakai hijab

Noor Alexandria mendakwa dia perlu meminta kebenaran untuk memakai hijab ketika menyertai acara larian.

SEORANG remaja dibatalkan penyertaan acara larian 5 kilometer gara-gara memakai hijab.

Noor Alexandria Abukaram, 16, dibatalkan penyertaan selepas mencatat masa terpantas acara larian peringkat daerah di Ohio pada Sabtu lalu.

Pelajar Sekolah Tinggi Slyvania Northview itu menyertai acara merentas desa dan menamatkan larian tanpa sebarang masalah, namun dimalukan apabila penyertaannya itu terbatal kerana memakai tutup kepala.

Dia dan rakan-rakannya diperiksa pemakaian sebelum larian dimulakan tetapi dia diberitahu mengenai hijabnya itu selepas tamat larian.

"Hijab adalah sebahagian daripada saya. Mereka beritahu saya untuk berlari tanpa memakai hijab, ia sebenarnya memberitahu saya supaya jangan berlari," jelas Noor Alexandria kepada Huffington Post.

"Saya pasti ia digunakan oleh orang ramai yang mempercayai agama masing-masing."

Tambahnya: "Sesiapa yang memakai hijab atau memakai pakaian mengikut agama tidak perlu diketepikan sama ada berlari atau tidak."

Noor Alexandria mendakwa, rakan perempuannya diberitahu supaya menukar seluar pendek kerana tidak bersesuaian sebelum pertandingan, tetapi tiada siapa yang memaklumkan kepadanya mengenai hijab yang dipakai.

"Kenapa mereka tidak memberitahu saya bahawa pakaian ini satu pencabulan seperti mereka memberitahu kepada rakan perempuan dalam pasukan? Kenapa mereka tidak menghormati saya seperti orang lain?

"Saya rasa tidak dihormati. Saya rasa dimalukan." - metro.co.uk

Hijab, Larian, 5KM, Batal

Artikel Lain