MENCARI kelainan untuk majlis perkahwinan mereka, pasangan pengantin ini bertukar pakaian sesama sendiri sehingga menarik perhatian ramai. Pengantin lelaki, Bobby Cook memakai gaun isterinya manakala wanita itu, Ciara O'Donell menggayakan tuksedo suaminya. "Kami buat keputusan untuk buat semuanya secara terbalik. Suami pakai gaun, isteri pakai tuksedo. "Ianya sungguh tenang dan semua orang gelak," ujar Ciara mengimbas majlis itu. Kata Ciara, dia dan suami merahsiakan hasrat itu dan ia ternyata menjadi kejutan buat para tetamu. Majlis itu berlangsung di Belfast, utara Ireland pada bulan lalu dan dihadiri sekitar 70 tetamu. - Mirror.