suria

“Kamu tak patut lahir” - Budak OKU usia 4 tahun trauma dihina sewaktu ke taman

Kanak-kanak ini trauma setelah diserang dengan kata-kata hinaan.

SEORANG budak perempuan berusia empat tahun yang terpaksa bergerak menggunakan bantuan kerusi roda trauma apabila dihina lelaki tidak dikenali.

Dia yang juga orang kelainan upaya (OKU) menerima kata-kata penghinaan tersebut sewaktu berada di sebuah taman.

Quinn Ross menderita penyakut Perthes yang mana ia memberi kesan kepada tulang pinggulnya dan menghalang dia untuk berjalan.

Sewaktu kejadian, dia sedang melalui taman dalam perjalanan ke sekolahnya bersama ibu dan abangnya.

"Lelaki itu menjerit di mukanya. Dia kata kamu tak patut lahir.

"Saya tolak lelaki itu, cepat-cepat ke sekolah. Mujur pihak sekolah hubungi polis," ujar ibunya yang dikenali sebagai Emma.

Budak itu kini mengalami trauma dan memberitahu kaunselor dia enggan dilihat di kawasan terbuka dengan menaiki kerusi roda.

"Anak saya kini takut kepada lelaki dan tak mahu keluar dengan kerusi roda.

"Ia membuatkan dia marah pada dunia, tapi mujurlah ramai memberi sokongan kepada kami," ujar ibunya lagi. - Daily Star.

OKU, kerusi roda, Quinn Ross

Artikel Lain