suria

Gara-gara kos lebih murah, wanita maut jalani pembedahan perbesar payudara, kecilkan perut serentak

Louise Harvey meninggal dunia pada 17 Jun 2018, susulan pembedahan di London. Foto East Anglia News Service

SEORANG wanita maut selepas dinasihatkan untuk menjalani pembedahan pembesaran payudara dan mengecilkan perut pada masa yang sama kerana kosnya lebih murah, menurut pendengaran inkues.

Louise Harvey, 36, meninggal dunia pada 5 Julai tahun lalu setelah menjalani pembedahan di London pada 17 Jun tahun yang sama.

Hasil bedah siasat mendapati ibu tiga anak dari Norwich, United Kingdom itu meninggal dunia akibat embolisme pulmonari dua hala, bekuan darah yang berlaku di bahagian paru-paru.

Punca kedua kematian disebabkan oleh pembesaran payudara dan abdominoplasty, istilah perubatan untuk pengecilan perut.

Ibu mangsa, Linda Harvey, 53, berkata, keluarganya mempunyai sejarah darah beku.

Menurut pendengaran inkues, Linda memberitahu, anak perempuannya dihantar pulang ke rumah tanpa penipisan darah.

Koroner kawasan Norfolk, Yvone Blake dalam satu kenyataan berkata, Linda Harvey memberitahu anak perempuannya mahu perut yang lebih kecil apabila mendapati lebihan kulit di sekeliling perutnya selepas kelahiran anak bongsu.

Dia berkata, Miss Harvey bercakap dengan seseorang di klinik dan mereka mencadangkan dua pembedahan dilakukan pada masa yang sama kerana kosnya lebih murah.

Pembedahan pada 17 Jun tahun lalu itu mengambil masa selama tiga jam. - Mirror UK

perut, payudara, inkues

Artikel Lain