SELAIN pengantin, kehadiran ahli keluarga merupakan individu paling penting dalam setiap majlis perkahwinan. Namun, lain pula ceritanya melibatkan pasangan ini apabila idea mereka hebat ditentang ahli keluarga. Ia susulan cadangan pengantin yang mahu majlis resepsi diadakan di tepi pantai seawal pukul 5.30 pagi. Malah, keluarga juga perlu melalui perjalanan selama sejam untuk tiba ke lokasi itu. Kisah itu dikongsikan oleh seorang individu menerusi laman Reddit. Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut menerima pelbagai komen netizen. Ada yang turut mencadangkan agar pengantin menjalankan dua sesi majlis bagi membolehkan keluarga dan tetamu hadir pada masa yang lebih sesuai. - Mirror.