BUKAN sahaja trauma, seorang model turut mengalami pendarahan teruk selepas cuba mencari jalan keluar dari bilik permainan 'Escape Room'. Rui Na terpaksa membatalkan sesi penggambaran selepas mukanya cedera teruk akibat terlanggar kerangka pintu semasa menyertai permainan itu. Gadis berusia 23 tahun itu turut luka di bahagian dahi dan terpaksa menerima jahitan di atas bibirnya. Model yang setuju menanggung akibat menyertai permainan itu kini menasihati orang ramai supaya tidak mencuba permainan merbahaya itu. "Saya model. Muka saya amat penting. Saya terpaksa membatalkan semua sesi penggambaran saya. "Saya mengaku saya setuju untuk menanggung segala akibat sebelum masuk ke rumah itu. Rui dilihat cuba melarikan diri dari bilik tersebut. "Saya menulis posting ini kerana mahu mengingatkan anda supaya menghargai kehidupan. Jangan pergi ke 'Escape Room'," katanya. 'Escape Room' merupakan pusat permainan popular dalam kalangan remaja di mana setiap peserta akan berada di dalam bilik yang terkunci dan mereka perlu mencari petunjuk untuk mencari jalan keluar. Gadis berasal dari Jinhua, Timur China itu menyertai permainan tersebut dengan seorang rakannya bulan lalu. Rakaman CCTV menunjukkan Rui dan rakannya berjalan berpimpin tangan sebelum satu entiti muncul di depan mereka. Mereka kemudiannya dilihat cuba melarikan diri dari bilik tersebut. - Dailystar